Cari Jodoh dan Janda Melayu di Malaysia Dengan JandaDating
Penat cari jodoh di janda twitter and janda tumblr? Daftar dalam platform ini yang senang cari jodoh dan janta melayu di Malaysia.

Garis Panduan Komuniti

Garis Panduan Komuniti

Garis Panduan Komuniti ini perlu dibaca dan difahami selari dengan Terma Penggunaan kami. Jika anda terlihat individu yang telah melanggar Garis Panduan Komuniti ini, sila lapor kepada kami secepat yang mungkin. Individu tersebut akan diambil tindakan yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan. Pelanggaran yang serius akan mengakibatkan akses ahli tersebut ditamatkan dan dihalang daripada menggunakan perkhidmatan kami di masa akan datang.

carijanda.com merupakan satu platform yang menyediakan persekitaran janji temu atas talian yang selamat. Kami menggalakkan semua ahli untuk sentiasa menjaga tingkah laku semasa bergaul dengan ahli lain di laman web kami.

Garis Panduan Komuniti ini meliputi:

  •         Kandungan dan penggunaan profil
  •         Gambar profil
  •         Komunikasi
  •         Keselamatan akaun

 

Kandungan Dan Penggunaan Profil (Garis Panduan Komuniti)

 

Kelayakan

Anda mestilah berumur 18 tahun ke atas untuk mendaftar dan menggunakan perkhidmatan kami.

 

Ketepatan Profil

Kami menggalakkan ahli untuk membekalkan maklumat yang tepat mengenai diri sendiri. Anda tidak dibenarkan menyamar menjadi orang lain, memberikan maklumat umur dan taraf perkahwinan yang salah atau memberikan apa-apa maklumat dalam profil yang tidak benar dan boleh menyebabkan kekeliruan.

 

Maklumat Profil

Profil anda (termasuk nama, tajuk profil dan kandungan profil) tidak boleh mengandungi maklumat yang menyinggung perasaan, bersifat kebencian, salah di sisi undang-undang dan tidak sesuai untuk tatapan umum. Kandungan profil tidak boleh mengandungi maklumat yang bersifat keganasan, perbincangan politik, menyokong kelakuan ganas atau menyokong tingkah laku yang boleh merosakkan diri. Profil anda tidak boleh mengandungi kandungan atau pautan yang melanggar hak cipta, tanda dagangan atau mana-mana hak harta intelek seperti lagu, filem, video, gambar, imej, perisian, karya sastera dan sebagainya.

 

Keunikkan Profil

Anda tidak dibenarkan untuk mewujudkan lebih dari 1 akaun. Anda hanya dibenarkan untuk memiliki 1 profil yang unik untuk setiap laman web kami. Akaun-akaun tambahan akan dinyahaktifkan.

 

Tujuan Profil

Profil anda mesti digunakan untuk mencari pasangan sahaja. Profil yang digunakan selain daripada itu akan dinyahaktifkan. Anda tidak dibenarkan menjalankan transaksi kewangan, hadiah atau barangan yang bernilai melalui profil anda. Kami tidak membenarkan profil yang digunakan untuk perhubungan “sugar daddy”, hantaran atau yang berkaitan dengannya. Di sesetengah laman web, kami tidak membenarkan profil digunakan untuk tujuan mencari pasangan kahwin kerana ini melanggar undang-undang di sesetengah tempat.

 

Pemilikan Profil

Profil anda mesti diwujudkan untuk kegunaan persendirian sahaja. Anda tidak dibenarkan menjual akses kepada akaun anda atau memindahkan pemilikan akaun kepada orang lain.

 

Gambar

Gambar yang dimuatnaik metilah tepat dan tidak memudaratkan pengguna laman web. Gambar yang dimuatnaik mestilah gambar anda sendiri.

Anda tidak dibenarkan memuatnaik gambar-gambar berikut:

  •         Mengandungi gambar orang lain
  •         Mengandungi unsur-unsur lucah
  •         Mengandungi unsur-unsur seksual
  •         Mempromosikan keganasan
  •         Mengandungi maklumat perhubungan
  •         Tidak sopan dan menyinggung perasaan
  •         Mengandungi kanak-kanak atau orang bawah umur
  •         Berkaitan dadah atau penggunaan dadah
  •         Telah diubahsuai secara digital

Pelanggaran syarat-syarat ini akan menyebabkan gambar anda tidak diluluskan. Dalam kes-kes tertentu, ianya juga boleh menyebabkan akaun anda ditamatkan.

 

Komunikasi (Garis Panduan Komuniti)

 

Komunikasi Dengan Khidmat Pelanggan (Garis Panduan Komuniti)

 

Apabila menghubungi kakitangan khidmat pelanggan kami, anda tidak boleh berkomunikasi dengan berkata-kata kesat, mencabul, tidak senonoh, menyinggung perasaan, mengugut, mengganggu atau bersifat perkauman.

Jika anda berkelakuan sedemikian, kami mempunyai hak untuk menamatkan akaun anda.

 

Komunikasi Dengan Ahli Lain (Garis Panduan Komuniti)

Apabila berkomunikasi dengan ahli lain dalam talian atau secara bersemuka, anda tidak boleh berkomunikasi dengan berkata-kata kesat, mencabul, tidak senonoh, menyinggung perasaan, mengugut, mengganggu atau bersifat perkauman. Anda tidak dibenarkan menghantar mesej yang mempromosikan keganasan, menyeru perbuatan ganas atau menyeru perbuatan yang memudaratkan diri. Anda tidak dibenarkan menghantar mesej yang berunsur pelacuran atau pemerdagangan manusia. Anda tidak dibenarkan menghantar mesej bersifat spam, mempromosikan produk atau perkhidmatan atau memberikan pautan ke laman web untuk tujuan mempromosikan produk atau perkhidmatan. Ini termasuklah mempormosikan perniagaan, organisasi tidak berasaskan keuntungan, parti politik atau mana-mana badan atau persatuan lain.

Kami akan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat mana-mana komunikasi yang melanggar undang-undang.

 

Gangguan (Garis Panduan Komuniti)

Anda tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan kami untuk membuat gangguan atau kelakuan yang meyinggung, termasuklah tapi tidak terhad kepada, pengedaran bahan-bahan berunsur seksual, perkauman, penderaan, mengugut, kesat, mencabul, menggangu,fitnah, tuduhan palsu atau bahan yang dibantah. Anda tidak dibenarkan untuk menghubungi seorang ahli secara berterusan jika ahli tersebut telah menyekat anda dan telah menyatakan bahawa mereka tidak ingin berkomunikasi dengan anda. Anda tidak dibenarkan mencipta akaun tambahan dengan tujuan mengganggu ahli lain.

 

Larangan Berkomunikasi Dengan Orang Bawah Umur (Garis Panduan Komuniti)

Semua orang yang mendaftarkan diri dalam laman kami mesti berumur 18 ke atas. Kami melaksanakan polisi tambahan ini untuk memberikan perlindungan tambahan kepada orang bawah umur.

Anda tidak dibenarkan untuk berkomunikasi secara tidak sopan dan secara seksual dengan seseorang yang di bawah umur. Ini termasuklah rakan-rakan bawah umur, saudara atau kenalan kepada ahli-ahli lain dalam laman web ini. Anda juga tidak dibenarkan menggunakan laman web ini untuk meminta mana-mana orang untuk mencari orang bawah umur dengan tujuan menjalinkan perhubungan atau berinteraksi dengan tidak sopan dengan orang bawah umur tersebut.

Kami akan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat mana-mana individu yang tidak senonoh dengan orang bawah umur dan melanggar undang-undang.

 

Keselamatan Akaun (Garis Panduan Komuniti)

Ahli-ahli yang tidak mengikuti protokol keselamatan yang baik akan menyebabkan ahli-ahli lain terdedah kepada penipuan dan menggalakkan perbuatan yang buruk di kalangan ahli. Anda mestilah sentiasa mengendalikan akaun anda secara selamat agar sentiasa dilindungi. Ini termasuklah mematuhi semua yang telah dinyatakan dalam Garis Panduan Komuniti ini.

 

Menghantar Wang

Anda tidak dibenarkan menghantar wang atau memberikan maklumat kewangan anda kepada ahli yang berhubung dengan anda atau orang yang telah dikenali melalui laman web kami.

Jika ada orang yang cuba meminta wang ataupun maklumat kewangan anda, anda perlu melaporkan perkara ini kepada kami secepat mungkin.

 

Permintaan Haram

Anda tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan kami untuk mengedar, mempromosi atau menghantar maklumat berkaitan permintaan wang, pengiklanan atau permintaan melibatkan barangan. Kami akan menamatkan akaun and jika anda terlibat dalam perkara sedemikian.

 

Keselamatan Laman Dan Akses

Jangan kongsikan katalaluan, membenarkan mana-mana orang untuk mengakses akaun anda atau melakukan sesuatu yang memberi risiko kepada akaun anda.

Anda tidak dibenarkan memuatnaik atau menghantar maklumat yang  mengandungi virus atau kod-kod komputer, fail ataupun program yang direka untuk menghadkan atau menghancurkan fungsi-fungsi perisian dan perkakasan komputer.

 

Akaun Tidak Aktif

Kami menjalankan proses penamatan akaun tidak aktif secara berkala. Pastikan anda log masuk  secara aktif untuk memastikan akaun anda kekal aktif dan tidak ditamatkan.

 

Melaporkan Pelanggaran Garis Panduan Komuniti

Anda boleh melaporkan sebarang pelanggaran Garis Panduan Komuniti ini dengan menggunakan laman hubungi kami yang telah disediakan. Anda juga boleh melaporkan kepada kami secara terus melalui profil mereka ataupun mesej. Sila Rujuk laman bantuan online kami untuk mendapatkan maklumat lebih mengenai cara melaporkan pelaggaran.

Apabila melaporkan kegiatan ahli yang lain, sila berikan maklumat dan bukti yang secukupnya.

 

Maklumat Tambahan Untuk Menjaga Keselamatan

Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai keselamatan diri semasa menggunakan laman web janji temu online, sila layari:

http://www.onlinedatingsafetytips.com.