Cari Jodoh dan Janda Melayu di Malaysia Dengan JandaDating
Penat cari jodoh di janda twitter and janda tumblr? Daftar dalam platform ini yang senang cari jodoh dan janta melayu di Malaysia.

Tentang Kami

ABOUT US (TENTANG KAMI)

Siapakah carijanda.com?

Beralamat di Janda Dating, kami merupakan pakar dalam talian terkemuka yang menyediakan perkhidmatan platform pencarian teman hidup dan jodoh baharu buat mereka yang mencari kunci kebahagiaan, terutamanya dalam kalangan para janda di luar sana.

Kami amat faham bahawa anda semestinya memerlukan seseorang yang percayakan anda, seseorang yang memberi kekuatan, dan seseorang itu mestilah menjadi sebahagian daripada hidup anda sebolehnya.

Laman yang kami sediakan ini berupaya membantu orang ramai terutamanya para janda dating untuk berhubung dan mencari padanan hidup yang paling sesuai. Peluang untuk menemui orang yang bertuah adalah besar kerana kami dapat menyatukan anda ke seluruh pelusuk dunia. Tiada lagi batasan.

Kami memberikan kepada anda sebuah perkhidmatan yang bukan sahaja untuk anda mencari individu yang dimahukan, bukan juga setakat untuk berbual dengan mereka ini, tetapi kami juga berkehendak untuk memberikan suatu pengalaman cinta dan kasih dan penuh makna buat anda.

Kami percaya bahawa semua orang berhak untuk menjalani hidup yang penuh gembira, memuaskan dan disayangi. Kerana sebab inilah, kami bertekad untuk membuka sebuah dimensi baharu kepada kehidupan para janda dating. Mereka sangat terdedah dengan potensi menghadapi kesunyian.

Dengan peredaran zaman, orang lain juga perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga mereka masing-masing. Para janda yang hidup berseorangan juga akan menginjak usia tua. Kami komited untuk membantu mereka mencari teman hidup.

Teman hidup yang sejati, dan pasangan baharu yang dikasihi. Kami yakin yang apa kami lakukan dapat sedikit sebanyak memberi suatu semangat kepada para janda dating untuk terus bersemangat menjalani kehidupan, menyara hidup diri dan anak-anak. Andai mendapat cinta baharu itu dapat menjadikan anda insan yang lebih baik dan berjaya, maka kami di Janda Dating begitu terbuka dalam menerima kehadiran anda.

Pada bila-bila masa, anda boleh datang dan mendaftar seterusnya memulakan proses pencarian yang telah kami mudahkan segala-galanya. Apa yang paling penting di sini ialah komited dan kesungguhan daripada anda.

Kami berikan perkhidmatan yang memuaskan. Kami tawarkan perkhidmatan yang mampu mengubah hidup anda. Kami memberikan suatu pengalaman cinta yang baharu buat anda. Kami membuka sebuah peluang buat anda untuk melakar semula perjalanan hidup yang lebih hebat.

Kami memilih jalan ini untuk membantu anda dan insan-insan yang bernasib sama, mewujudkan sebuah ruang yang besar untuk terus berkomunikasi dan mencari titik persamaan. 

Inilah cerita di sebalik usaha kami di carijanda.com!

 

Misi Kami (Janda Dating)

Kami amat komited dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat anda. Di carijanda.com, kami mengutamakan anda sebagai pelanggan dan penentu kejayaan kami. Tidak ada istilah di mana kami akan hanya melepas tangan daripada terus senantiasa memberikan khidmat sokongan secara berterusan buat anda dalam usaha mencari teman hidup yang sesuai.

Di carijanda.com, kami berusaha gigih untuk memudahkan anda dalam proses memilih pasangan sejati. Dengan kepakaran teknologi yang terkini, kami telah mengemas kini sebuah sistem yang moden dan pantas untuk membolehkan anda merasai pengalaman mencari jodoh yang lancar dan secara tanpa sebarang masalah. Kami sentiasa mahukan anda untuk berasa gembira sepanjang perjalanan ini. Kami tidak sesekali akan menghampakan anda pada cubaan kali pertama. Dari semasa ke semasa juga, kami akan mengemas kini sistem yang diguna pakai untuk memastikan tahap kepuasan pengguna setiap kekal terjamin. Hal ini kerana kami percaya kepuasan anda merupakan keutamaan kami.

Di carijanda.com, kami juga begitu komited untuk memberikan anda perkhidmatan yang teratur dan sekaligus berkesan. Oleh itu, kami berusaha sepenuh jiwa untuk mendapatkan anda sebanyak mungkin bakal jodoh yang pada masa sama, sesuai dan menepati cita rasa anda. Dengan penggunaan data-data yang dimasukkan oleh anda, ia amat membantu kami dalam membuat proses penyesuaian dalam kadar tempoh masa yang pantas. Ini sudah pasti dapat meningkatkan keberkesanan usaha kami untuk menyatukan anda dengan bakal teman hidup sejati.

Di carijanda.com, kami berhasrat untuk menyediakan sebuah platform yang terbaik buat anda untuk berkomunikasi tanpa sebarang masalah dan dugaan. Kami penuh yakin bahawa detik perbualan antara anda dengan bakal-bakal insan penyeri kehidupan merupakan suatu perkara yang tidak boleh diambil ringan semata-mata. Dengan platform permesejan yang kami bawakan, kami mahukan anda untuk mengadakan perbualan dengan pilihan hati tanpa rasa bimbang dan takut kerana kesemua maklumat yang ditampilkan oleh mana-mana ahli di laman ini telah pun disemak oleh kami. Perkhidmatan pelanggan kami juga sentiasa tersedia sekiranya anda ingin menyampaikan sebarang maklumat berupa aduan/ulasan/cadangan kepada kami. Kami sentiasa terbuka untuk mnerima mesej anda pada bila-bila masa.

Di carijanda.com, kami sejak awal lagi menyedari bahawa objektif utama kami adalah untuk memberi anda suatu peluang yang cerah dan besar. Peluang inilah yang anda harus gunakan sebaiknya untuk mengubah jalan cerita anda. Kami mahu jadikan pengalaman anda dengan kami sebagai suatu detik di mana hidup anda berubah selama-lamanya, berubah menjadi lebih hebat, berubah menjadi lebih baik, berubah menjadi lebih berkeyakinan. Pada akhirnya, kami bukan sahaja setakat mahu anda berjaya menemui calon pasangan rumah tangga yang baharu, akan tetapi, kami juga mahu mengeluarkan potensi yang terpendam dalam diri anda!

Kerana kami mengutamakan anda. Kerana kami tahu anda juga berhak untuk menjalani kehidupan yang penuh makna dan erti. Semua yang kami lakukan adalah diusahakan untuk anda jua!

 

Pendekatan Kami (Janda Dating)

Kami mengambil pendekatan bahawa cinta itu bukan sahaja untuk yang muda, bahkan untuk semua manusia. Cinta itulah penguat kehidupan. Cinta itulah penerus semangat perjuangan. Cinta itulah pembakar perjalanan yang penuh ranjau dan liku selepas ini. Semua orang pasti memerlukan cinta. Kerana tanpa cinta, kita hanyalah manusia tanpa erti.

Hakikatnya, kita takkan pernah dilahirkan tanpa sebarang wujudnya rasa cinta. Tanpa kehadiran cinta, kita hanya berupaya meneruskan kehidupan secara lahiriah namun hati dan jiwa telah mati.

Kami percaya bahawa cinta dapat disatukan, cinta dapat dihasilkan dengan sesiapa sahaja, walau di mana mereka berada, walau berbeza zon waktu, walau berbeza negara atau negeri, walau berbeza latar belakang kehidupan. Yang menjadi penghalangnya mungkin cara untuk kekal berhubung itu sendiri.

Kerana itulah, carijanda.com terbina untuk mempelopori usaha ini. Kami membawakan suatu usaha untuk menyatukan anda dengan insan yang bakal menceriakan hidup anda! Kami menghidupkan suatu usaha untuk menjadikan anda insan yang bahagia dan tidak lagi berasa kehilangan selepas ini. Cinta mungkin boleh berakhir, tetapi ia masih dapat diteruskan!